Beritaig-linkLain-lainLegendPlayerTerkiniWonderkid

Zidane tidak puas hati dengan keputusan Odegaard pilih Arsenal

Pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard telah menyertai Arsenal secara pinjaman selama enam bulan pada Januari setelah hanya membuat tiga permulaan La Liga pada separuh pertama pada musim ini bersama Real Madrid.

Zinedine Zidane menegaskan bahawa dia “benar-benar mahukan” Martin Odegaard kekal di Real Madrid sepanjang musim ini – tetapi pemain tengah itu memilih untuk tidak “memperjuangkan tempatnya”.

Odegaard bergabung dengan Arsenal secara pinjaman selama enam bulan pada jendela perpindahan Januari dan melakukan debutnya di bangku simpanan ketika seri 0-0 dengan Manchester United.

credit oh my goal

Zidane memberitahu wartawan:

Odegaard? Dia mahu pergi, kami berbual dua, tiga kali mengenainya.

“Dia mahu bermain dan saya menyuruhnya kekal(bersama Real) dan memperjuangkan tempatnya.

“Saya selalu mahukan dia dalam pasukan saya tetapi itu adalah keputusannya.

Odegaard menyertai Arsenal secara pinjaman. Credit goal.com

“Saya mahu dia kembali dari pinjamannya [di Real Sociedad musim lalu] dan saya memberitahunya untuk tetap kekal(bersama Real Madrid) kerana musim masih sangat panjang dan dia pasti mempunyai peluang.

“Tetapi dia mahu pergi dan bermain. Saya sangat menginginkannya dalam skuad saya.”

Zidane seperti mungkin akan kecewa dengan Odegaard, kerana Eurosport mendakwa pemain itu tidak melihat masa depannya di bawah pengurus Perancis itu.

Laporan itu menambah lagi bahawa dia lebih suka tinggal di Arsenal daripada kembali ke Real Madrid pada akhir musim jika Zidane masih di sana, dan The Gunners juga berminat untuk menjadikan Odegaard sebagai pemain tetap mereka (permanent deal).

laporan dari mirror.co.uk

What's your reaction?

Excited
2
Happy
0
In Love
0
Not Sure
2
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *