Lain-lainMenarik

Wright Philips percaya Ben White lebih bagus dari Varane

Bekas pemain Chelsea dan Manchester City, Shaun Wright-Phillips yakin pembelian Arsenal iaitu Ben White akan menjadi pembelian lebih baik dari Varane yang dibeli oleh Man Utd.

Man Utd membelanjakan sebanyak £34 juta pound bagi mendapatkan pemain pertahanan 28 tahun itu. Manakala Arsenal membeli Ben White dengan harga yang lebih mahal iaitu sebanyak £50 juta pound.

Varane yang hadir ke Old Trafford dengan ‘Resume’ yang menarik, beliau telah memenangi banyak piala seperti 4 piala Champions League, 3 piala La Liga dan juga World Cup.

Walaupun profil Varane lebih menarik dari Ben White, Shaun Wright-Phillips tetap merasakan bahawa Ben White akan buat lebih baik dari Varane. Ini kerana Shaun yakin pemain kebangsaan perancis itu akan struggle untuk adaptasi dalam liga yang baru manakala White sudah biasa dengan EPL.

Di tanya “Adakah Ben White akan lebih bagus dari Varane” dalam satu rancangan di Youtube Talk Sport, Shaun berkata : “Ya saya secara peribadi. Saya tahu ia adalah kenyataan yang besar, tetapi dia sudah terbiasa dengan EPL dan dia telah biasa bertahan dengan banyak untuk Brighton, minggu ke minggu ke minggu”.

“Varane telah memasuki liga baru dan dia akan mengalami tekanan yang sangat besar.”

“Pada saat ini, saya kata Ben White(lebih baik dari Varane)”.

Ada betul juga kata Shaun, Ben White yang bermain dalam pertahanan untuk Brighton sudah pasti banyak kali di uji terutamanya ketika menetang kelab-kelab seperti Man City, Liverpool, Man Utd dan Lain. Tetapi kita tidak boleh pandang rendah dengan kemampuan Varane. Apa-apa masa akan menetukan semua ini.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.