PlayerWonderkid

Wonderkid Rennais FC tolak tawaran Liverpool selepas berbual dengan Mane

Wonderkid Stade Rennais FC, Jeremy Doku menjelaskan kenapa dia menolak tawaran ke Liverpool selepas berbual dengan Sadio Mane pada 3 tahun lepas.

Doku, yang mendapat tempat ke-14 dalam Goal’s 2021 top wonderkid, telah membuat debut senior beliau di Anderlecht pada 2018 sebelum dibeli oleh Rennes dengan harga €26 juta pada Oktober 2020.

Pemain muda itu menyatakan dia telah menolak tawaran dari 3 kelab EPL termasuk Liverpool, selepas berbual bersama Sadio Mane.

”Ketika itu saya hampir masuk umur 16-tahun dan umur itu anda sudah boleh tandatangani kontrak professional. Banyak pasukan yang telah datang kepada saya.” kata Doku menurut Ouest France.

”Semua orang bercakap tentang Liverpool kerana mereka seperti serius tetapi ada juga tawaran dari Arsenal dan Chelsea.”

”Saya juga telah berbincang bersama Klopp, Mane, Wijnaldum, dah Steven Gerrard juga. Saya berbual panjang bersama Mane, kami tidak banyak berbual tentang bola sepak. Kami berbual tentang semua perkara.”

”Dia (Mane) beritahu saya, saya masih muda dan mempunyai masa yang banyak. Dia tidak pujuk saya atau berkata ‘datang ke sini (Liverpool) dan anda akan berjaya’.”

”Saya memilih untuk lebih berhati-hati. Sebab itu, pada umur 15 tahun, saya beritahu diri saya ini perkara serius, dan saya nampak karier saya. Saya tahu jalan yang saya perlu pilih dan saat itu saya tahu saya perlu kekal di Anderlecht.”

”Saya ditanya adakah saya menyesal? Saya sentiasa berkata tidak kerana jika Liverpool datang kepada saya pada umur 15 tahun, mereka akan datang kembali. Ia bergantung kepada saya untuk bermain dengan baik.”

Doku telah membuktikkan bahawa dia adalah pemain berbakat dengan berjaya mendaftarkan diri sebagai pemain kebangsaan Belgium untuk kelayakan Piala Dunia 2022.

What's your reaction?

Excited
7
Happy
7
In Love
4
Not Sure
8
Silly
8

You may also like

More in:Player

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *