PlayerWonderkid

Wonderkid Amerika dalam radar Barcelona

Amerika meneruskan tradisi mereka menghantar pemain-pemain muda yang berbakat ke peringkat Eropah, dan Cade Cowell dari pasukan San Jose Earthquakes adalah pemain terbaru yang dikatakan akan ke Eropah.

Menurut Diario AS, Cowell, 17 tahun, telah menarik perhatian salah satu kelab gergasi Eropah, Barcelona selepas prestasinya yang mengagumkan walaupun masih muda.

Cowell telah membuktikan kualiti beliau dengan mendapat tempat dalam skuad utama pasukan San Jose Earthquakes.

Dalam temubual bersama Goal, Cowell berkata banyak pasukan Sepanyol yang mengikuti perkembangan beliau, namun dia tidak mahu mengambil berat selagi tiada tawaran rasmi.

”Saya tidak pernah fikir tentang perkara itu. Saya akan fikir bila masanya telah tiba. Jika tawaran rasmi datang dari pasukan Eropah, ia akan berubah dan saya akan analisis. Buat masa sekarang, saya hanya fokus San Jose.” kata Cowell.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cade Cowell🦁 (@cc4_official)

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
1

You may also like

More in:Player

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *