Analisa

Wenger, Southgate jelaskan kenapa England gemar gunakan Saka berbanding Sancho

Pemain muda Arsenal, Bukayo Saka terus menjadi pilihan utama Southgate bagi mengemudi jentera serangan England walaupun England mempunyai pemain-pemain hebat seperti Sancho, Rashford dan Foden.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjelaskan kepentingan Saka dalam pasukan England. Menurut pandangan dari Wenger, Saka adalah pemain yang boleh dipercayai ketika bertahan.

 

Saka juga adalah all-round player, jadi England sentiasa mempunyai keseimbangan antara pertahanan dan serangan, menurut Wenger lagi. Dalam kes Sancho pula, dia lebih kepada creativity tetapi tidak dari segi bertahan.

Pandangan dari Wenger ini telah dibuktikan betul oleh pengurus England, Gareth Southgate. Southgate berkata keputusannya untuk memilih Saka adalah kerana mahukan keseimbangan.

“Dia(Saka) benar-benar menerima cabaran itu, kami sangat gembira dengan Jadon Sancho pada minggu lalu, semua orang tahu bahawa kami mempunyai pilihan hebat di area itu(barisan serangan)”.
“Kami merasa untuk keseimbangan pada malam ini Bukayo adalah pilihan yang tepat.” kata Southgate sebelum perlawanan England vs Denmark.
Pemilihan Saka sangat tepat, beliau telah berjaya membantu England untuk menjaringkan gol penyamaan dengan larian yang bijak untuk menembusi pertahanan Denmark.

What's your reaction?

Excited
7
Happy
3
In Love
2
Not Sure
3
Silly
2

You may also like

More in:Analisa

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *