BeritaMedia

UEFA minta pemain hentikan buang minuman penaja semasa sidang media

Baru-baru ini pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Manuel Locatelli menolakkan minuman penaja ketepi manakala Paul Pogba pula mengambil botol minuman itu dan meletakkan ia ke bawah meja.

Trend ini dimulakan oleh Ronaldo kerana dia tidak suka dengan minuman Coca-cola dan menyarankan untuk minum air biasa. Oleh kerana tindakan Ronaldo itu, nilai saham Coca-cola telah jatuh sebanyak 4 billion dollar.

Penganjur pertandingan iaitu UEFA mahu pemain hentikan buang minuman penaja semasa sidang media. Ini sangat penting kerana ia adalah satu pendapatan untuk kejohanan dan bola sepak Eropah. Tindakan mereka mungkin boleh menjejaskan pendapatan ini.

UEFA juga mengingatkan pegawai dengan pasukan bahawa pemain harus menghormati penaja dan sumbangan yang mereka berikan kepada bola sepak Eropah.

UEFA mengatakan tindakan disiplin mungkin boleh dikenakan, tetapi mengikut budi bicara persekutuan nasional.

Walaubagaimana pun situasi ini berbeza dengan Paul Pogba yang meletakkan minuman arak di bawah meja. UEFA faham tindakan oleh Paul Pogba kerana beliau adalah seorang muslim.

Martin Kellen sebagai Director kejohanan Euro berkata : “Tidak perlu ada botol(arak) di sana”.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
1
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *