BeritaMedia

Sven Mislintat : Mikel Arteta telah lakukan kesilapan dengan 2 pemain Arsenal

Bekas ketua rekruitment Arsenal, Sven Mislintat telah persoalkan keputusan Mikel Arteta membuang Matteo Guendouzi dan Lucas Torreira dari pasukan Arsenal.

Kedua-dua pemain tengah itu ditandatangani oleh Mislintat ketika beliau berada di Emirates dan telah dipinjamkan ke kelab lain sepanjang musim.  Guendouzi bermain untuk Hertha Berlin & Torreira bermain untuk Atletico Madrid.

Tetapi Mislintat berpendapat duo itu boleh beri sumbangan yang besar kepada Arsenal pada musim ini, dan beliau memuji Guendouzi secara khusus dan menyatakan Guendouzi boleh menjadi raksasa jika dilatih dengan betul.

”Saya sangat menghormati Mikel.” kata Mislintat yang mana adalah sporting director di Stuttgart menurut Metro.

”Saya sangat mahu bercakap dengan Mikel satu hari nanti, untuk memahami sebab dia meminjamkan Matteo dan Lucas Torreira, dan beritahu dia pandangan saya tentang kualiti mereka.”

”Tetapi sudah tentu ia adalah keputusan dia.”

”Pandangan peribadi saya kekal iaitu Matteo mampu menambah kualiti di bahagian tengah Arsenal, sama seperti Lucas. Harga pasaran mereka meningkat setelah mereka bermain untuk Arsenal.”

Baru-baru ini Guendouzi telah dikritik kerana ‘bermain bola sepak remaja’ oleh bos Hertha, Pal Dardai. Tetapi Mislintat menolak sangkaan itu dengan menyatakan Guendouzi ditakdirkan menjadi pemain tengah yang elit.

”Saya tidak bersetuju dengan Pal.”

”Matteo mempunyai personaliti yang diperlukan ketika situasi bola cemas dan dia mempunyai visi yang baik. Itu adalah kekuatan sebenar dia.”

”Sebagai pemain muda dari Ligue 2, dia telah bermain sebanyak 48 perlawanan untuk Arsenal pad musim pertama. Anda tidak boleh bermain perlawanan liga EPL sebanyak itu jika anda bermain ‘bola sepak remaja’.”

”Dia adalah pemain tengah yang muda. Di posisi itu, pemain akan mencapai puncak pada umur 27-28. Jelas dia tidak buat semua benda dengan betul, tetapi dia bermain dengan kemahuan dan kualiti yang akan menjadikan dia pemain yang luar biasa.”

”Dardai telah kritik dia kerana kehilangan bola di dalam kotak ketika menentang RB Leipzig tetapi kami mahukan pemain yang berani membawa bola, pemain yang boleh kawal tekanan. Kehilangan bola adalah sebahagian daripada itu. Jika itu berlaku, anda minta bola lagi, itu yang Matteo lakukan dan saya suka lihat perkara itu.”

”Anda tidak sepatutnya menukar cara permainan dia tetapi bekerja secara perinci untuk memperbaiki dia, jika anda boleh lakukan perkara itu, anda akan jadikan dia raksasa di bahagian tengah.”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
4
In Love
1
Not Sure
2
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *