Beritatransfer

Superstar Manchester United dalam radar PSG

Paris Saint-Germain meneruskan pencarian pemain baru mereka dalam jendela perpindahan dan Paul Pogba kemungkinan akan turut sertai mereka.

PSG telah tandatangani bekas pemain Liverpool Georginio Wijnaldum dan bekas pemain Real Madrid, Sergio Ramos akan sertai mereka dalam masa terdekat.

Goalkeeper Italy, Gianluigi Donarumma juga mungkin akan sertai PSG selepas tamat Euro 2020. Achraf Hakimi juga salah seorang pemain bintang yang akan dibawa balik oleh PSG.

Namun kerja PSG tidak akan tamat di situ.

RMC Sport melaporkan PSG masih mengkaji situasi Paul Pogba, dengan menyatakan kelab itu sedang berbincang dengan wakil Pogba.

Pogba dikatakan mempunyai keinginan untuk tinggalkan Old Trafford dan pulang ke France.

Pogba masih mempunyai kontrak berbaki 1 tahun di Old Trafford dan walaupun Manchester United telah berbincang dengan wakil Pogba, tiada tawaran yang kukuh setakat ini.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
1
In Love
2
Not Sure
3
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *