Beritatransfer

Steve McManaman : Saya tidak kisah langsung pasal dia

Steve McManaman telah mendesak Liverpool untuk tidak teruskan usaha mereka untuk beli Saul Niguez. Ini adalah kerana Liverpool sudah mempunyai pemain tengah yang ramai menurut beliau.

Pemain bintang Atletico Madrid itu dilaporkan mahu tinggalkan kelab itu pada musim panas ini. Manakala Liverpool dan Manchester United juga dilaporkan telah bertemu dengan wakil pemain itu.

Saul, 26 tahun, mempunyai release clause sebanyak £129 juta dan Atletico enggan melepaskan bintang mereka itu. Namun situasi itu telah berubah apabila Atletico mahu menjual pemain itu dengan harga £45 juta.

Liverpool akan mulakan musim mereka tanpa Georginio Wijnaldum yang telah pergi ke PSG pada awal tahun.

Disebabkan itu Liverpool sedang mencari pemain ganti Wijnaldum, namun bekas pemain Liverpool Steve McManaman berpendapat pemain seperti Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain mampu mengisi ruang tengah itu.

”Secara jujurnya saya tidak kisah tentang dia (Saul), walaupun dia pemain tengah yang bagus.” kata McManaman di Horseracing.net.

”Semua orang taksub mahukan pemain baru yang ganti Wijnaldum, tetapi Liverpool sudah mempunyai pemain tengah yang ramai. Anda hanya perlu pastikan mereka cergas.”

”Mereka mempunyai Henderson, Thiago, dan Fabinho. Tambahan pula mereka mempunyai Alex Oxlade-Chamberlain, Keitam, Milner, Jones dan pemain-pemain muda yang berbakat. Jadi pemain tengah bukan keperluan.”

”Jangan salah sangka dengan saya. Saya rasa Saul adalah pemain yang hebat. Saya telah melihat dia beberapa musim yang lepas ketika Atletico menewaskan Liverpool dalam Champions League.”

”Tetapi adakah dia superstar? Saya rasa tidak. Dia hanya sama bagus seperti pemain Liverpool yang lain.”

”Jika dia tiba di Liverpool esok saya tidak akan bersorak, kerana Liverpool sudah mempunyai pemain tengah yang bagus.”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
2
In Love
0
Not Sure
3
Silly
1

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.