gaji pemain liverpool
BeritaMedia

Senarai gaji pemain-pemain Liverpool didedahkan

Bintang Liverpool, Mo Salah, 30 tahun, telah menerima gaji tertinggi di kelab tersebut setelah beliau menandatangani kontrak baru selama 3 tahun pada July lepas. Gaji beliau dilaporkan sebanyak £350,000 seminggu.

gaji liverpool

Senarai gaji pemain Liverpool

Setelah bekas rakan sepasukan, Sadio Mane berpindah ke Bayern Munich, Salah telah membuat keputusan untuk kekal di Liverpoool. Keputusan beliau itu telah membuahkan hasil apabila Liverpool menawarkan gaji yang lumayan seterusnya menjadikan beliau pemain yang menerima gaji tertinggi di kelab itu.

Selain itu, Salah juga merupakan pemenang Premier League Golden Boot dengan jaringan sebanyak 23 gol. Jadi beliau sangat layak menerima kontrak yang lumayan.

Pemain kedua gaji termahal di Liverpool adalah Virgil van Dijk, dengan membawa pulang £220,000 seminggu, menurut laporan Spotrac.

Pemain ketiga gaji termahal adalah pemain tengah Thiago Alcantara yang sertai Liverpool dari Bayern Munich pada 2020, dengan gaji £200,000 seminggu.

Trent Alexander-Arnold, Roberto Firmino, Diogo Jota dan Fabinho semuanya terima £180,000 seminggu, hampir separuh daripada gaji Salah.

Sumber lain :

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.