Lain-lainMenarik

Putin pernah buat Arsenal bayar dua kali ganda

Dunia kini hangat apabila President Rusia Vladimir Putin mengumumkan perang terhadap Ukraine. Tahukah anda Putin pernah buat Arsenal bayar dua kali ganda untuk membeli pemain dari boyhood kelabnya.

Berbalik pada 2009, Arsenal cuba untuk melamar salah seorang pemain Rusia yang mempunyai prestasi cemerlang pada kejohanan Euro 2008.  Pemain itu adalah Andrey Arshavin dari FC Zenit.

Putin mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perpindahan itu kerana, Zenit dikendalikan oleh perbadanan milik kerajaan Gazprom, dan ini memberikan Putin kuasa apabila melibatkan perpindahan berprofil tinggi.

Menurut Jon Smith seorang agent yang terlibat dalam perpindahan itu memberitahu Arsenal menawarkan sebanyak £7 juta pound tetapi Putin menilai pemain itu hampir £15 juta.

Ini sekali gus memaksa Arsenal untuk memecahkan rekod perpindahan yang tinggi pada ketika itu dan Arshavin berjaya menyertai The Gunners dengan yuran perpindahan sebanyak  £15 juta pound.

Bayangkan betapa ganasnya Putin sehingga berjaya membuatkan Arsenal  memecahkan rekod perpindahan yang tinggi ketika itu.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
2

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.