PlayerTerkini

Pesanan De Gea kepada Dean Henderson

Penjaga gol Manchester United, David De Gea telah memberi amaran kepada rakan sepasukan Dean Henderson yang beliau masih mempunyai banyak masa di United dan tidak akan berputus asa untuk bersaing mendapatkan posisi penjaga gol utama.

De Gea dan Henderson telah beraksi pada musim lepas dan De Gea kerap dipilih di barisan utama sepanjang musim. Dia juga telah dipilih dalam Europa League Final.

Selepas satu musim mereka bersaing sesama sendiri, Ole Gunnar Solskjaer telah membuat keputusan dalam bahagian penjaga gol.

Solskjaer telah membawa Tom Heaton dari Aston Villa untuk meningkatkan persaingan dalam bahagian penjaga gol dan Henderson telah menjelaskan dia tidak akan melalui satu lagi musim di bawah bayangan De Gea.

Dan De Gea juga tidak berdiam diri, beliau menjawab bahawa masa depan beliau masih di Old Trafford.

”Saya sudah berada di sini untuk beberapa tahun dan ia adalah satu kehormatan bagi saya kerana dapat bermain di kelab seperti Manchester United untuk banyak musim.” kata De Gea di Manutd.

”Tetapi anda kena hidup dengan realiti sekarang, Saya masih mempunyai banyak masa di sini. Saya sangat teruja, berasa kuat, dan mahu melakukan yang terbaik.”

”Saya rasa diri saya dalam keadaan yang baik dan saya mempunyai keyakinan yang tinggi.”

What's your reaction?

Excited
2
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Player

Leave a reply

Your email address will not be published.