Lain-lainMenarikPlayerWonderkid

Pemain remaja Chelsea ini mahu mengatasi Drogba

Pemain remaja Chelsea yang berasal dari Albania iaitu Armando Broja berkata dia mahu mengatasi pemain lagenda Chelsea iaitu Didier Drogba. Ia adalah bukan perkara yang senang tetapi Armando Broja mahu mencuba.

Armando Broja telah menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Chelsea pada 26 Februari 2020 dan senior debutnya adalah ketika menentang Everton pada tahun lepas. Kini Armando yang berumur 19 tahun menyertai kelab belanda iaitu Vitesse secara pinjaman.

Di sana, Broja telah berjaya menjaringkan 9 gol dan 2 assissts dalam 20 penampilannya bersama kelab itu. Jumlah gol yang dijaringkan oleh Broja  telah menyamai rekod Zlatan Ibrahimovic ketika musim pertama Zlatan di Ajax.

“9 gol dan 2 assists adalah bagus tetapi saya tidak pernah berpuas hati. Saya mahu mendapatkan lebih banyak gol dan assists”

“Saya telah bermain lebih dari 1000 minit dan saya mempunyai 11 sumbangan gol. Ia tidak buruk(rekod itu) tetapi saya mahukan lebih banyak gol dan assists. Saya mahu melakukan lebih banyak lagi.” kata Armando Broja dalam temubualnya bersama Goal.

Selain Ibramovic dan Suarez yang mempunyai kareer awal mereka di belanda, lagenda brazil iaitu Ronaldo juga mempunyai kareer awalnya di belanda. Rekod Ronaldo ketika itu bersama PSV sangat menakjubkan, dia berjaya menjaringkan 54 gol dalam 58 perlawanan.

“Ronaldo original sangat luar biasa, mungkin penyerang terbaik sepanjang masa, Saya agak muda untuk menontonnya di TV tetapi saya menonton banyak klipnya di YouTube” kata Broja yang memuji Ronaldo.

“Saya tahu bahawa Ronaldo datang ke PSV, saya tahu Suarez dan Zlatan berada di Ajax. Banyak penyerang hebat bermain di Belanda pada musim pertama mereka, jadi saya fikir ia juga tempat yang bagus untuk belajar dan berkembang” kata Broja.

Selain dia teruju dengan Ronaldo dia juga teruja jika bertemu dengan Drogba dan tidak malu untuk mendedahkan yang dia bercita-cita mahu mendapat legendary status di Chelsea.

“Wah! Itulah Frank Lampard, Didier Drogba ,John Terry tepat di hadapan saya ‘bila saya akan melihat mereka di sekitar (Chelsea)'” kata Broja yang teruja apabila bertemu dengan pemain-pemain lagenda Chelsea

“Sekarang saya menghampiri usia mereka ketika mereka bermain, saya ingin mencuba dan mengatasi Drogba. Mungkin tidak mudah, tapi itulah mentaliti dan perasaan saya” kata Broja lagi.

Artikel penuh di bawah

What's your reaction?

Excited
3
Happy
2
In Love
0
Not Sure
1
Silly
1

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *