Lain-lainMenarik

“Pasukan Man Utd lebih lembik dari muffin!” kata bekas jurulatih De Gea

Bekas jurulatih De Gea, Gabino Rodriguez mengkritik pasukan Man Utd yang dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer. Gabino Rodriguez mengelar skuad itu lebih lembik atau lembut dari muffin.

Gabino yang melatih De Gea ketika dia bermain untuk pasukan bawah 21 Sepanyol juga berkata De Gea menderita akibat kelemahan Man Utd terutamanya dalam bahagian pertahanan.

David De Gea di kritik teruk oleh sebahagian peminat kerana gagal menyelamatkan dan menjaringkan penalti ketika menentang Villareal. Kegagalan Man Utd menewaskan Villareal menjadikan tahun ini adalah tahun ke 4 Man Utd gagal memenangi sebarang piala.

Gabino dilihat mempertahankan bekas pemainnya dengan menyalahkan taktikal Solskjaer yang tidak teratur dan menyebabkan De Gea terdedah dengan rembatan pemain lawan.

“Saya selalu percaya bahawa pasukan ini adalah gambaran sebenar watak pelatihnya. Lihatlah(Man Utd dulu) yang diketuai oleh Sir Alex Ferguson dan mereka tidak menunjukkan belas kasihan, “kata Rodriguez.

“Pasukan Ole lebih lembut/lembik daripada muffin dan David menderita akibat kelemahan pertahanan”

“Anda perlu melindungi aset terbaik anda dalam pasukan, tetapi ada kekacauan yang tidak terkawal antara Midfield dan pertahanan dengan ada ruang(untuk rembatan)” kata Rodriguez lagi dalam The Sun.

Dua pemain pertahanan tengah Man Utd juga dilihat terlalu teruk menurut Gabino. Mereka terlalu perlahan dan tidak beri arahan dan akhirnya kelemahan ini di eksploitasi oleh pasukan lawan.

“Pasukan Ole mempunyai kelemahan pertahanan yang begitu teruk. Kedua bek tengah terlalu perlahan, mereka tidak beri arahan dan pasukan lain sangat menyedari hal itu”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *