PlayerTerkini

Owen : Jika esok Champions League Final, saya pilih Jota bukan Firmino.

Michael Owen mendakwa jika esok adalah Final Champions League, dia akan pilih untuk menurunkan Jota dan bukan Firmino.

Jota mengejutkan semua orang kerana prestasi yang sangat mengagumkan sejak beliau bermain untuk Liverpool.

Dalam 13 perlawanan, Jota telah mempamerkan persembahan yang luar jangkaan dengan 8 jaringan, termasuk hat-rick pada perlawanan Champions League menentang Atalanta.

Prestasi yang sangat mengagumkan ini telah membuatkan banyak pihak yang mahu Jota berada di line-up daripada Firmino yang dikatakan tidak konsisten.

 

Dan Michael Owen adalah salah seorang yang mempunyai idea tersebut dan berkata pemain berusia 23 tahun itu adalah mustahil untuk tidak bermain.

”Saya rasa dia (Jota) terancam kerana tiada siapa yang jangka dia adalah sangat bagus” kata Owen menurut Goal.

”Dia mengejutkan saya, saya memang suka ketika dia berada di Wolves, tetapi secara tiba-tiba, anda lihat dia bermain dan sekarang anda akan terfikir dia memang dilahirkan untuk bermain bersama Liverpool.”

”Dia lebih pantas daripada apa yang saya jangka. Saya tahu dia sangat bagus dari segi teknikal, masa buat larian, dan interaksi dengan rakan pasukan, dia telah menunjukkan kepada saya dia boleh bermain di posisi-posisi tersebut.”

”Perkara yang bagus mengenai penyerang-penyerang Liverpool adalah, mereka boleh membawa bola ke kawasan gol. Mereka lebih kuat daripada apa yang anda fikir. Salah dan Mane secara khususnya, mereka sangat kuat seperti lembu. Mereka boleh berlari kepada anda, mereka boleh membuat semua perkara sebagai penyerang, tetapi Jota mampu bersama mereka dengan sangat sempurna.”

”Anda harus bagi Jota bermain, jika mereka mempunyai Final Champions League esok, anda tak boleh tinggalkan Jota.”

What's your reaction?

Excited
3
Happy
0
In Love
1
Not Sure
2
Silly
0

You may also like

More in:Player

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *