BeritaLain-lainMenarik

Owen dakwa Solskjaer tidak percaya dengan Pogba sepenuhnya

Bekas penyerang Man Utd dan Liverpool, Michael Owen mendakwa Solskjaer tidak percaya dengan Pogba sepenuhnya. Michael Owen mempersoalkan keputusan Solskjaer yang tidak meletakkannya dalam posisi asal.

Solskjaer gemar meletakkan Pogba di bahagian tepi, dan Solskjaer lebih suka menguna Fred dan McTomminay bermain di bahagian tengah.

Owen juga berkata Solskjaer gemar mengunakan Pogba di bahagian tepi ketika menentang pasukan yang average berbanding pasukan yang baik. Ini membuatkan Owen percaya Solskjaer tidak percaya dengan kebolehan Pogba ketika bertahan.

“Saya tahu setiap peminat Manchester United di seluruh dunia akan setuju: berikan Paul Pogba bermain bersama pemain tengah”

“Kemudian anda boleh mendapatkan pemain tambahan untuk ke depan, seperti Cavani dan anda boleh meletakkan Fernandes di belakang dengan dua pemain winger”

“Bagaimanapun, anda harus meletakkan Cavani di bangku simpanan kerana anda tidak mempercayai Pogba bermain di tengah sebagai pemain tengah. Jadi kamu letakkan dia(Pogba) di bahagian tepi”

“Setiap kali mereka bermain menentang pasukan yang sangat baik, dia(Solskjaer) kembali ke asas. Dia kembali berfikir, ‘Saya memerlukan kedua-dua pemain tengah itu.’ kata Owen kepada Premier League Productions.

“Ketika dia bermain dengan pasukan average di tempat sendiri, dia akan pergi dan memainkan semua pemain bintangnya”

“Tetapi saya tidak fikir dia benar-benar mempercayai Pogba dalam peranan sebagai pemain tengah (bermain)dengan salah seorang dari mereka(pemain tengah)” tambah Michael Owen lagi.

Walaupun tindakan Solskjaer yang mengunakan Pogba di bahagian tepi tetap membuahkan hasil. Apa yang paling penting adalah kemenangan dalam hal ini.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
2

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *