Lain-lainMenarik

Mendy jelaskan peranan Kepa dalam membantu menaikkan prestasinya

Penjaga goalkeeper utama Chelsea, Edouard Mendy menamakan dua individu dalam membantunya meningkatkan prestasinya pada musim ini. Dua individu tersebut adalah kedua-dua penjaga goalkeeper simpanan Chelsea, Kepa dan Marcus Bettinelli.

Kredit : Matthew Ashton – AMA/Getty Images

Edouard Mendy yang beraksi cemerlang pada musim ini, hanya bolos 2 gol dalam 6 perlawanan. Mendy memuji pernanan Bettinelli dan Kepa dalam memberi saingan untuk membuatkan beliau semangat untuk menjadi lebih cemerlang.

Goalkeeper kebangsaan Senegal itu telah memberi penghormatan kepada dua penjaga goalkeeper di Chelsea, dengan berpendapat bahawa mereka adalah punca kenapa beliau dapat beraksi ke tahap ini.

“Apabila anda bermain untuk kelab seperti ini, anda akan mendapat persaingan besar (untuk merebut tempat utama), persaingan besar untuk bermain”. Kata Mendy dalam laman web Chelsea.

“Anda dapat melihatnya di Manchester City dan di Liverpool – dua penjaga gol terbaik yang bersedia untuk bermain. Jadi anda harus menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan juga kerana jika jurulatih meletakkan anda, anda harus menunjukkan mengapa dia memanggil anda”.

“Setiap kali anda tunjukkan, dan anda akan saling ‘pushing'(untuk jadi terbaik) sesama sendiri(Kepa dan Marcus ) ketika latihan. Ini adalah persaingan saya dan Kepa, saya atau Marcus [Bettinelli], kami mahu menjadi yang terbaik untuk pasukan” kata Mendy lagi.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
1

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.