BeritaMedia

Media dari Spain bawa berita baik untuk Liverpool

Media dari Sepanyol melaporkan ada beberapa pemain bintang Real Madrid bakal terlepas dari perlawanan penting khamis pagi ini. Real Madrid bakal bertemu dengan Liverpool untuk perlawanan timbal balik dengan dengan kelebihan 2 gol.

Walaupun Real Madrid mempunyai kelebihan gol, tetapi untuk perlawanan timbal balik ini, mereka terpaksa turun tanpa beberapa pemain penting ekoran covid dan kecederaan.

Semra Hunter dari La Liga TV melaporkan pemain penting Real Madrid seperti Sergio Ramos, Dani Carvajal, Raphael Varane dan kini Lucas Vazquez bakal terlepas dari perlawanan penting menentang Liverpool.

Manakala Diaro AS juga melaporkan dua pemain tengah Real Madrid iaitu Fede Valverde dan Toni Kroos juga cedera semasa El-Classico kini menghadapi Fitness Battle.

Selain itu, sumber dari Football Espana, melaporkan bekas pemain Chelsea iaitu Eden Hazard tidak pulih pada waktunya untuk pertembungan dengan liverpool.

Ketiadaan beberapa pemain penting Real Madrid, pastinya memberi satu misi yang sukar ke separuh akhir walaupun mereka mempunyai 2 gol lebih. Zidane perlu percaya kepada Éder Militão dan Nacho untuk mengemudi barisan pertahanan.

Manakala untuk Liverpool pula harus mengambil peluang ini, mereka perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 jika ingin mahu ke separuh akhir liga juara-juara.

What's your reaction?

Excited
30
Happy
20
In Love
7
Not Sure
14
Silly
6

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *