Lain-lainMenarikUncategorized

Mane dedahkan seorang pemain yang buat dia terkejut di Liverpool

Pemain penyerang yang berasal dari Senegal, Sadio Mane memuji seorang rakan sepasukannya di Liverpool kerana telah berjaya mengagumkan beliau di kelab itu.

Pemain yang di maksudkan oleh Mane itu adalah pemain baru Liverpool iaitu Ibrahima Konate. Liverpool membawa masuk pemain berusia 22 tahun itu di awal jendela perpindahan dengan yuran perpindahan sebanyak £36 juta dari RB Leipzig.

Menurut Mane, Konate menukjukkan impresi yang baik pada rakan sepasukannya dengan sikapnya yang sangat bagus. Walaupun hanya beberapa bulan bersama Liverpool Mane merasakan dia seperti bertahun-tahun di Liverpool.

“Dia adalah orang yang sangat baik dan sejak hari pertama dia bersama kami, saya sangat terkejut kerana dia seperti bertahun-tahun berada di sini”.
“Saya tidak begitu kerana saya agak pemalu, tetapi dia hanya datang dan terus menyesuaikan diri, ini yang sangat penting” kata Mane di laman web rasmi Liverpool.
Mane juga berkata Liverpoool sangat gembira dengan kehadiran Konate dan percaya dia akan mempunyai musim yang bagus untuk Liverpool.
“Anda dapat melihat dia(Konate) di pra-musim dia melakukannya dengan baik sejak awal dan kami benar-benar gembira dapat memilikinya. Saya rasa tahun ini dia akan mempunyai musim yang bagus untuk Liverpool” Kata Mane lagi.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
5
In Love
1
Not Sure
1
Silly
1

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.