Graham Potter
BeritaMedia

Man Utd tolak 2 kali peluang melantik Graham Potter sebelum Chelsea menyambar pengurus itu

Manchester United dilaporkan menolak peluang untuk membawa Graham Potter ke Old Trafford sebanyak 2 kali.

Graham Potter, 47 tahun, dilantik sebagai ketua jurulatih selepas Thomas Tuchel dipecat secara kejam oleh pemilik Chelsea, Todd Boehly.

Graham Potter Chelsea

Graham Potter

Menurut The Athletic, Manchester United berpeluang untuk mendapatkan khidmat Graham Potter sebanyak 2 kali iaitu ketika Ole Gunnar Solskjaer dipecat, dan ketika Ralf Rangnick menjadi pengurus interim pasukan tersebut.

Dan United telah menolak peluang untuk berbincang bersama Potter di kedua-dua waktu ini.

Antara sebab United tidak mahu meneruskan perbincangan itu adalah kerana Potter tidak mempunyai pengalaman Champions League.

Potter telah membawa Brighton dari kedudukan ke-9 pada musim lepas, sehingga kedudukan ke-4 pada musim ini selepas 6 perlawanan.

Prestasi Potter tidak cukup menarik untuk United, yang mana mereka telah melantik Erik ten Hag, seorang pengurus yang tidak mempunyai pengalaman Premier League.

Sebaliknya Chelsea dengan pantas berhubung dan melantik Potter setelah memecat Tuchel.

Potter juga diberikan kontrak panjang selama 5 tahun di Stamford Bridge. Menurut Boehly, beliau mahukan seseorang yang mampu mengetuai Chelsea dalam jangka masa panjang.

Todd Boehly

Pemilik Chelsea, Todd Boehly

Sumber Athletic :

 

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.