Beritatransfer

Liverpool didesak untuk sailang 2 target Arsenal

Bekas pemain Liverpool Glenn Johnson, mahu bekas kelabnya memperkuatkan skuad pada januari nanti dengan membeli 2 pemain yang di kaitkan dengan Arsenal.

Prestasi Liverpool pada musim awal ini agak hambar, mereka hanya menang 2 kali, seri 3 kali dan kalah sekali dalam 6 perlawanan liga. Mereka juga di kejutkan dengan kekalahan 4-1 menentang napoli dalam perlawanan pembukaan liga juara-juara.

Glen Johnson menyifatkan bahagian tengah Liverpool adalah bahagian yang perlu di baiki, dan liverpool boleh membaiki bahagian itu dengan membeli pemain seperti Youri Tielemans dan Douglas Luiz bila musim perpindahan buka nanti.

Youri Tielemans dan Douglas Luiz adalah pemain yang sering di kaitakan dengan Arsenal pada jendela perpindahan yang lepas. Menurut laporan, punca Arsenal tidak dapat membawa Youri Tielemans adalah kerana jumlah yuran perpidahan yang di pinta oleh Leicester CIty agak tinggi.

Manakala Douglas Luiz pula, bidaan Arsenal di tolak Aston villa beberapa kali semasa “Deadline Day”. Dua-dua pemain itu mempunyai kontrak yang berbaki satu musim. Oleh kerana kontrak mereka hampir tamat, ini adalah peluang terbaik mana-mana kelab untuk membuat membidaan Youri Tielemans dan Douglas Luiz.

Ditanya sama ada Tielemans akan menjadi sasaran untuk Liverpool, Glen Johnson memberitahu “saya mahu(Liverpool) ingin mendatanganinya”.

“Jika Lebih selamat untuk mendapatkannya sekarang dan membayar yuran perpindahan kecil, saya akan melakukanya, saya tidak mahu menghadapi riskiko membernarkan pihak lain memiliknya secara percuma.”

“Saya rasa dia(Tielemans) adalah jenis pemain yang boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana pasukan secara relatifnya” Kata Johnson lagi.

Manakala untuk Douglas Luiz pula, Johnson perpendapat pemain ini juga bagus dan sesuai untuk Liverpool kerana memiliki pengalaman bermain di EPL, selain itu pemain itu dikatakan boleh dibeli dengan harga yang murah.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.