BeritaPlayertransferWonderkid

Liverpool dan Arsenal dilaporkan berminat dengan “top scorer” serie A yang ke 4

Arsenal dan Liverpool di laporkan adalah salah satu kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain muda yang berasal dari Serbia. Pemain itu bernama Dusan Vlahovic yang kini telah menjaringkan sebanyak 21 di Serie A.

Ini adalah satu rekod yang luar biasa, walaupun usianya yang masih muda iaitu 21 tahun, Vlahovic dapat menjaringkan gol sebanyak itu. Prestasi cemerlang di Itali pastinya menarik minat kelab-kelab besar.

Menurut laporan dari Corriere Florentino yang berpangkalan di Italy memberitahu Arsenal adalah salah satu pasukan yang mahu mendapatkan pemain muda Fiorentina itu.

Manakala  CalcioMercato yang juga berpangkalan di Italy, memberitahu Liverpool sedang berhubung dengan ejen Vlahovic iaitu Darko Ristic bagi untuk mendapatkan pemain ini.

Walaubagaimana pun, masa depan Vlahovic di Serie A masih samar-samar. Ketika ditanya mengenai masa depannya Vlahovic memberitahu Meridian Sport: “Anda tidak pernah tahu, mungkin itu akan berlaku esok, atau mungkin saya akan kekal sepanjang karier saya di Serie A”.

Anda boleh lihat video Vlahovic di bawah. Tapi perlu di ingatkan ini sekadar Video dari Youtube sahaja, video-video pemain di Youtube memang semua nampak hebat, tetapi tidak tahu realiti sebenar bagaimana. Boleh jadi pemain ini, sangat berbakat.

What's your reaction?

Excited
2
Happy
0
In Love
1
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *