Lain-lainMenarik

Lampard balas balik kritikan Jorginho

Bekas pengurus dan pemain Chelsea Frank Lampard membalas balik kritikan yang dilemparkan oleh Jorginho. Jorginho sebelum ini mengkritik bekas pengurusnya kerana tidak bersedia semasa mengendalikan Chelsea.

Sebelum Lampard mengendalikan Chelsea, beliau mengurus pasukan Championship iaitu Derby County. Walaupun kali pertama Lampard menjadi pengurus beliau berjaya membimbing Derby ke Final Play Off.

Selepas itu, Lampard berhijrah ke kelab lamanya iaitu Chelsea. Semasa musim pertamanya di Chelsea, Lampard membukti beliau dapat membuat kerja yang bagus apabila dapat membimbing Chelsea ke kejohanan Piala Liga juara-juara walaupun ketika itu Chelsea dikenakan Tranfer Ban.

Musim kedua Lampard di Chelsea, beliau menghabiskan lebih dari £200 juta semasa jendela musim panas lalu. Namun oleh kerana prestasi teruk Chelsea, Lampard di pecat dan di gantikan oleh Thomas Tuchel.

Hampir semua pemain-pemain Chelsea berkata-kata positive tentang Lampard tetapi tidak bagi Jorginho.

“Lihat, saya benar-benar ikhlas tentang Lampard di sini, Saya percaya, memandangkan dia adalah legenda di kelab, dia skip beberapa langkah yang penting untuk belajar sebelum pindah ke sebuah kelab besar” kata Jorginho kepada ESPN Brazil.

“Saya rasa dia(Lampard) datang Chelsea terlalu cepat, (Dia) skip beberapa langkah ke depan dan tidak bersedia untuk pekerjaan pada tahap ini” tambah Jorginho lagi.

Kritikan-kritikan Jorginho mendapat respon dari Lampard. Lampard dalam temubualnya bersama Telegraph, berkata apabila anda tinggalkan kelab dan ada pemain yang jarang bermain, mereka ada perasaan atau penilaian mengenai bagaimana pengurus itu bekerja dan membuat kenyataan.

“Selalu akan menjadi fakta sebagai pengurus ketika anda meninggalkan kelab, akan ada beberapa pemain yang tidak bermain begitu banyak dan mereka mungkin mempunyai perasaan atau pertimbangan tentang bagaimana anda bekerja dan mereka boleh membuat kenyataan” kata Lampard.

“Bagi saya, saya mengharapkan kenyataan seperti yang saya harapkan daripada kenyataan pemain yang benar-benar positif mengenai bagaimana anda bekerja. Saya tidak mempunyai masalah besar dengan perkara itu” tambah Lampard.

What's your reaction?

Excited
2
Happy
1
In Love
1
Not Sure
1
Silly
1

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *