BeritaMedia

Kalvin Phillips balas balik kritikan Keane terhadap Henderson

Sebelum ini, Roy Keane mengkritik keputusan England dan Southgate kerana memilih Jordan Henderson ke kejohanan Euro 2020. Ini kerana Roy Keane menganggap Jordan Henderson akan menjadi gangguan besar oleh kerana dia tidak begitu cergas sepenuhnya.

Jordan Henderson tidak beraksi untuk Liverpool dalam tiga bulan terakhir musim ini kerana kecederaan pangkal paha tetapi beliau tetap dipilih oleh Southgate.

Keane juga mengelarkan Henderson sebagai ‘Cheerleader‘. Terdapat beberapa individu termasuk Charlie Adam dan Kalvin Phillips mempertahankan keputusan Henderson ke dalam skuad England.

Hujah dari pemain tengah Leeds, Kalvin Phillips berpendapat pengalaman yang ada pada Henderson amat penting bagi membantu pemain-pemain muda England kerana kejohanan Euro merupakan kejohanan pertama bagi mereka.

“Apabila ada orang mengatakan ‘dia(Henderson) tidak sesuai’ dan ‘mengapa dia ada di skuad England?’, Saya rasa dia orang yang baik untuk pasukan ini, terutama untuk anak muda yang ada di sini,” kata Kalvin Phillips kepada Sky Sports.

“Terdapat banyak pemain muda, ini kejohanan pertama mereka dan ada baiknya(England) mempunyai seseorang yang dapat berkongsi pengalaman mereka dengan anda”

“Dalam kes Jordan, sama ada dia cergas atau tidak, saya suka dia di sini”

“Saya suka bercakap dengannya, saya suka dia di Camp England kerana ia membuatkan(keadaan) lebih selesa untuk pemain seperti saya” Tambah Kalvin Phillips lagi.

Keputusan Southgate memanggil Henderson mungkin kerana ‘Leadership’ yang ada pada beliau boleh membantu skuad England dalam Kejohanan Euro nanti.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
1
Not Sure
0
Silly
1

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *