BeritaMedia

Jota : Cristiano adalah idola saya

Penyerang Liverpool, Diego Jota mengaku Cristiano Ronaldo adalah idola beliau dan menyatakan Ronaldo adalah contoh yang perlu diikuti.

Jota berharap dapat beraksi bersama-sama Ronaldo sepanjang Euro berlangsung.

”Cristiano adalah idola saya. Saya telah melihat dia bermain pada tahap tertinggi di Manchester United, dia telah menang Ballon d’Or dan anugerah-anugerah lain.” kata Jota menurut Goal.

”Sebagai warganegara Portugal, saya sentiasa  meletakkan dia sebagai contoh yang perlu diikuti.”

”Ketika saya membuat penampilan antarabangsa yang pertama ketika menentang Lithuania pada November 2019, saya telah menggantikan dia, yang mana menjadikan moment itu lebih istimewa.  Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi bilik persalinan bersama Ronaldo.”

Jota,  24 tahun, telah beraksi dengan cemerlang untuk Liverpool pada musim lepas dan sedang berkembang dengan  lebih baik. Menjadikan Ronaldo sebagai contoh dan standard untuk beliau adalah perkara yang sangat baik untuk beliau dan Liverpool.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
1
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *