BeritaMedia

Jose Enrique marah Liverpool selepas Man United beli Varane

Bekas pemain Liverpool, Jose Enrique telah mempersoalkan tindakan Liverpool yang senyap ketika jendela perpindahan. Beliau juga risau Liverpool akan ketinggalan kepada rival mereka seperti Manchester United.

Liverpool telah tandatangani Ibrahim Konate dari RB Leipzig bulan Mei lepas namun itu sahaja pemain baru untuk Liverpool.

Liverpool telah kehilangan pemain penting mereka Georginio Wijnaldum dan mereka masih mempunyai masa untuk menambah pemain baru sebelum jendela perpindahan tamat. Selain itu, rival-rival mereka juga amat sibuk membeli dan menjual pemain.

Manchester United telah membeli Jadon Sancho dengan harga £73 juta. United juga telah bersetuju untuk membeli Raphael Varane yang mana akan mengukuhkan lagi persaingan mereka pada musim depan.

Melihatkan perkara itu, Jose Enrique telah menyatakan pemilik Liverpool tidak mempunyai cita-cita.

”Saya risau dengan cara bisnes Liverpool dalam jendela perpindahan setakat ini. Masalah pemilik Liverpool dari dulu adalah kita kena jual pemain dulu sebelum beli pemain.” kata Enrique menurut Empire of the Kop.

”Satu-satunya sebab kenapa kita pemain seperti Alisson dan van Dijk adalah kerana kita jual Philippe Coutinho. Tanpa penjualan itu, kita tidak mungkin ada pemain-pemain seperti mereka yang bantu kita menang kejuaraan.”

”Saya percaya pembelian Konate adalah sangat bagus dengan harga yang tepat, tapi kadang-kadang anda kena menggunakan dana yang besar untuk membeli pemain yang berkualiti.”

”Sebelum Alisson dan van Dijk tiba, kita hanyalah pesaing liga. Tetapi apabila mereka tiba, kita boleh menang. Jadi pemain-pemain seperti ini yang kita perlukan.”

”Kenapa Manchester United boleh pergi ke Real Madrid dan tandatangani salah seorang pemain terbaik mereka, Varane, tetapi kita tidak boleh?”

What's your reaction?

Excited
1
Happy
2
In Love
0
Not Sure
2
Silly
1

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *