Lain-lainMenarik

Havertz namakan 2 pemain terpantas di Chelsea

Kai Havertz ditanya siapakah pemain terpantas di Chelsea tetapi beliau tidak dapat berikan keputusan antara 2 rakan sepasukan beliau ini.

Havertz telah menang Champions League dalam musim pertama beliau bersama Chelsea dan dijangka akan terus bertambah baik walaupun beliau mempunyai kesukaran dalam beberapa bulan pertama di London.

Beliau telah pulang ke Cobham selepas bermain untuk Germany dalam Euro 2021/2022 dan amat yakin beliau akan pamerkan aksi terbaik beliau dalam musim 2021/2022.

Ketika berbincang tentang persediaan muusim baru, Havertz ditanya siapakan pemain terpantas di Chelsea.

Dan beliau menjawab Timo Werner dan Antonio Rudiger adalah terpantas dari aspek yang berbeza.

”Dari segi pecutan, dalam beberapa meter awal, saya akan pilih Timo.” kata Havertz.

”Tetapi Toni juga amat pantas, tapi saya¬† rasa dari segi jarak jauh.”

”Siapa lagi? Saya tidak pasti. Saya akan pilih Timo dan Toni.”

Rudiger, yang mendengar jawapan Werner itu, menambah ”Saya mempunyai gaya larian tersendiri.”

”Ya seperti yang Kai cakap, saya rasa untuk beberapa meter awal Timo paling pantas.”

”Tetapi jika jarak jauh, saya rasa saya paling pantas.”

What's your reaction?

Excited
2
Happy
0
In Love
0
Not Sure
2
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.