BeritaMedia

Hamilton dipaksa untuk sokong Arsenal

Baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan pemandu F1 Lewis Hamilton dan bintang Tennis Serena Williams berminat menyertai bidaan Martin Broughton untuk membeli Chelsea.

Ramai orang agak pelik dengan laporan itu, ini kerana Lewis Hamilton adalah peminat Arsenal. Pesaing Lewis Hamilton dari F1, Max Verstappen juga hairan dengan tindakan Hamilton dengan berkata “Saya ingat dia sokong Arsenal!”.

Jika dilihat sebelum-sebelum ini juga, Hamilton ada sertai event bersama lagenda-lagenda Arsenal seperti Ray Palour dan Henry. Hamilton juga pernah hadir ke stadium Emirates untuk beri sokongan kepada Arsenal.

Semalam, Lewis Hamilton telah mengesahkan yang laporan yang dia berminat untuk membeli Chelsea itu adalah benar. Hamilton menyifatkan ia adalah peluang yang menarik.

“Ya, saya berminat” jawab Hamilton semasa sidang media sempena Emilia Romagna Grand Prix.

“Saya peminat sukan. Ia adalah sukan terbesar di dunia dan Chelsea adalah salah satu kelab terbesar di dunia dan paling berjaya,” jelas bintang Formula 1 itu.

“Apabila saya mendengar tentang peluang ini(membida Chelsea) saya seperti ‘wow, ini adalah salah satu peluang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang hebat’.”

kata Hamilton kenapa dia berminat untuk membeli Chelsea.

Hamilton juga menjelaskan bagaimana dia boleh menjadi penyokong Arsenal, ini kerana dia dipaksa oleh kakaknya sejak dari kecil lagi.

“Saya adalah satu-satunya kanak-kanak berwarna(berkulit hitam) di sana. Semua kanak-kanak menyokong kelab yang berbeza-beza”.

“Sorang Tottenham, sorang lagi Manchester United dan saya masih ingat saya bertukar(minat) antara kelab ini semasa saya masih muda”.

“kemudian pulang ke rumah dan kakak saya akan menumbuk saya beberapa kali di lengan. Kakak saya Sam pada dasarnya memukul saya sambil berkata, ‘anda perlu menyokong Arsenal!'” jelas Hamilton kenapa dia boleh menjadi peminat Arsenal.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
0
In Love
0
Not Sure
1
Silly
4

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.