BeritaMedia

Guendouzi risau dengan Arsenal, akui emosinya terkesan

Pemain tengah yang berasal dari France, Matteo Guendouzi akui dia risau dengan Arsenal. Walaupun Guendouzi dilaporkan bakal menyertai Olympique de Marseille, beliau tetap berharap sesuatu yang positif berlaku di Arsenal.

Guendouzi berkata dia bimbang dengan keadaan dia Arsenal berikutan musim yang begitu teruk kerana terlepas aksi Europah setelah menduduki tempat ke 8 liga.

Arsenal adalah salah satu kelab besar di eropah, berhak berada di kejohanan liga juara-juara setiap tahun dan mesti kembali tempatnya menurut Guendouzi.

Guendouzi juga tidak tahu punca sebenar kegagalan Arsenal pada musim lepas kerana beliau tidak berada di situ pada musim lalu.

“Melihat kelab(Arsenal) gagal layak ke kejohanan Eropah untuk pertama kalinya dalam 25 tahun sangat menyakitkan. Itu sangat mempengaruhi saya secara emosional”
“Arsenal adalah kelab besar di Eropah yang berhak layak berada di Liga Juara-Juara setiap tahun. Itu normal bagi saya, institusi seperti ini hanya memerlukan yang terbaik.
“Arsenal mesti kembali ke tempatnya. Saya tidak tahu sebab-sebab kegagalannya kerana saya tidak berada di sana musim lalu. Tetapi saya bimbang dengan keadaan kelab kerana Arsenal berhak mendapat banyak perkara.
“Saya seorang Gunner dari lubuk hati saya dan akan kekal begitu, tidak kira apa pun.” kata Guendouzi dalam temubualnya bersama The Bild.

Era Guendouzi di Arsenal bakal berakhir, beliau bakal kembali ke negaranya dan menyertai Olympique de Marseille. Apa-apa pun Good luck on your new journey.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
1
In Love
0
Not Sure
1
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *