BeritaMediatransfer

Gilmour jelaskan kenapa dia memilih Norwich

Pemain muda Chelsea, Charlie Gilmour menyertai Norwich City secara pinjaman. Gilmour berkata dia menolak beberapa kelab untuk menyertai Norwich.

Antara sebab Gilmour memilih Norwich adalah kerana gaya permainan kelab itu. Gaya permainan yang di tonjolkan oleh Canaries sesuai bagi pemain kebangsaan Scotland itu.

“Saya mempunyai beberapa pilihan tetapi bagi saya Norwich adalah pilihan pertama. Saya datang ke sini, bercakap dengan bos, dan semua yang dikatakannya kedengarannya sangat bagus, cara dia mahu bermain, cara dia melihat saya sesuai”.

“Oleh itulah menjadikan pilihan saya lebih mudah untuk datang ke Norwich”.

“Norwich bermain bola sepak yang sesuai dengan gaya saya, bermain dari belakang dan ingin mengekalkan bola. Bagi saya, ini adalah peluang yang sempurna. Ini adalah gaya permainan saya di mana saya mahu bermain, bermain bola dan merealisasikan sesuatu” Kata Gilmour dalam temubualnya bersama SkySports.
Selain itu, faktor jurulatih juga antara sebab Gilmour memilih Norwich. Boss Norwich, Daniel Farke nampak kemampuan yang ada dengan Charlie Gilmour.
“Semasa saya bercakap dengan bos, dia hanya mengatakan bahawa dia melihat saya di posisi ini di midfield atau dia melihat saya di posisi itu di midfield, itu hanya bergantung pada formasi. Dia sangat baik dengan saya dan saya belajar di bawahnya setiap hari” Kata Gilmour lagi.
Gilmour mempunyai matlamat di Norwich, beliau mahu mahukan satu musim yang bagus bersama Canaries. Supaya pada musim hadapan beliau boleh bermain dalam pasukan utama Chelsea.

credit billy gilmour twitter

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
1

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.