Beritatransfer

Gilmour dedahkan kenapa beliau sertai Norwich

Billy Gilmour menjelaskan falsafah bola sepak Daniel Farke adalah sebab utama beliau tinggalkan Chelsea dan sertai Norwich secara pinjaman.

Pengurus Norwich, Daniel Farke.

Billy Gilmour, 20 tahun, sering diturunkan oleh Thomas Tuchel apabila Mateo Kovacic dan N’Golo Kante menghadapi kecederaan.

Walaupun Gilmour seorang pemain yang berbakat, Chelsea telah membenarkan beliau untuk pergi buat sementara ke Norwich.

”Saya sangat gembira datang ke Norwich, untuk bermain sebanyak mungkin dan membantu Norwich dalam Premier League.” kata Gilmour menurut Metro.

”Saya telah bercakap dengan Daniel Farke. Dia telah membuat panggilan telefon dan menjelaskan bagaimana dia mahu bermain dan jelaskan kepentingan saya.”

”Semua perkara yang dia cakap adalah semua perkara yang saya mahu lakukan di atas padang, bermain bola dengan baik. Dia sangat berbangga dengan pasukan Norwich dan saya mahu membantu mereka.”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
1
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *