BeritaMedia

Frank Lampard buka mulut tentang Tuchel dan Chelsea

Frank Lampard mengaku dia sangat emosi apabila Chelsea menang Champions League dan gembira dengan kejayaan pantas Thomas Tuchel di Stamford Bridge.

Lampard telah dipecat oleh Chelsea pada hujung Januari lepas ketika Chelsea berada di kedudukan nombor-9 liga sebelum digantikan oleh Tuchel.

Tuchel telah memberikan impak segera dan besar ketika beliau baru tiba di Chelsea dengan membimbing Chelsea untuk menamatkan kedudukan nombor-4 liga dan menang final Champions League menentang Manchester City.

Lampard telah mengatakan kemenangan Chelsea tersebut adalah pencapaian yang amat besar dan Tuchel telah melakukan kerja yang menakjubkan.

”Secara jelas, anda tidak mahu kehilangan pekerjaan anda, saya mempunyai pasukan yang baik di Chelsea, tapi ia berlaku, ia adalah realiti bola sepak di peringkat tertinggi.” kata Lampard menurut Metro.

”Saya bangga dengan kerja yang saya lakukan di Chelsea, ia adalah kehormatan untuk mengurus Chelsea. Saya tiba dengan di saat yang sukar dengan larangan perpindahan pemain [transfer ban] dan kehilangan Eden Hazard.”

”Saya bekerja keras pada tahun pertama untuk masuk ke Champions League dan Mason Mount serta pemain-pemain seperti dia, mengembangkan pemain-pemain muda adalah perkara penting bagi saya.”

Apabila ditanya tentang kemenangan Champions League oleh Chelsea, Lampard menjawab, ”Ya, anda mahu berada di sana, anda mahu menjadi pengurus pasukan itu. Saya juga adalah sebahagian daripada perkara asas mereka, tetapi Tuchel melakukan kerja yang hebat untuk membawa mereka ke sana.”

”Pertamanya, saya adalah penyokong Chelsea, penyokong Chelsea sangat gembira dan kelab itu patut menang.”

”Keduanya, melihat Mount, Reece James, Mendy, Chilwell, Thiago Silva,  beraksi di tahap itu, buat saya amat bangga.”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
2
In Love
2
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *