FaktaLain-lainMenarik

Ferdinand berpendapat ada satu perkara Ronaldo tidak suka semasa debutnya

Bekas pertahanan Man Utd, Rio Ferdinand percaya ada satu perkara yang Cristiano Ronaldo tidak suka semasa debut keduanya bersama Man Utd ketika menentang Newcastle United.

Ronaldo beraksi cemerlang pada sabtu lalu dengan menjaringkan dua gol. Walaupun beraksi dengan baik, Ferdinand percaya Ronaldo mendorong rakan sepasukan untuk menggunakan salah satu kelebihannya.

Kelebihan yang dimaksudkan oleh Ferdinand itu adalah “Arial ability” yang dimilik oleh Ronaldo. Ronaldo mahu rakan sepasukan lebih kerap melakukan lebih banyak hantaran lintang agar beliau boleh mengunakan kelebihan itu.

“Dia boleh melompat, tetapi sekali lagi ini mengenai kedudukan di mana dia akan menerima bola.”

“Itu satu perkara yang saya katakan, bukan kritikan, tetapi satu perkara yang perlu dilihat dan dipelajari, dari sudut pandang Man United dari perlawanan pertama hujung minggu.”

“Dan saya katakan, dia(Ronaldo) ada di sana (bilik persalinan) dengan berkata, ‘Dengar, Cross bola itu! Apabila anda mendapat peluang untuk hantar bola lintang, anda memasukkannya ke sana kerana saya agresif dan saya mahukan bola.'” Kata Ferdinand dalam satu rancang di Youtube.
Ferdinand juga berkata pemain full-back Man United iaitu Wan Bissaka dan Luke Shaw tidak melakukan hantaran lintang yang cukup. Ferdinand mahu gunakan serangan dari sebelah tepi seperti ‘cross the ball’ kerana Ronaldo menyerangnya lebih baik dari yang lain.

“Itu yang saya katakan(Mengenai Full-backs). Itulah yang akan dia(Ronaldo) katakan! Apabila anda berada di posisi tersebut, dan ada peluang untuk menggeser bola dan menghantar, jangan berubah dan fikir kita akan menyimpan bola dan mengitar semula dengan bermain possession bola sepak”.

“Sekiranya ada peluang untuk cross dengan orang seperti dia di sana, anda cross bola! Sama dengan Cavani. Sama dengan Radamel Falcao ketika dia ada di kelab, laluan terbaiknya untuk menjaringkan gol adalah dengan hantaran silang”.

“Statistiknya memberitahu anda bahawa, Man United bermain bola tiki-taka tidak cross bola.”

“Main dengan kekuatan yang ada pada pemain dan pasukan dan Cristiano, ketika bola di Wide Area, dia menyerangnya lebih baik dari yang lain.” Kata Ferdinand lagi.

Ronaldo telah pun menjaringkan lebih 100 gol mengunakan kepalanya sepanjang kareernya, jika Man Utd mengunakan kelebihan itu pastinya Ronaldo sukar dihentikan.

What's your reaction?

Excited
3
Happy
20
In Love
2
Not Sure
6
Silly
5

You may also like

More in:Fakta

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *