BeritaLain-lainMenarik

Ferdinand beritahu bahagian mana Man Utd perlu kuatkan

Rio Ferdinand percaya skuad Man Utd yang dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjær gembira dengan pencapaian mereka pada musim ini walaupun tidak memenagi sebarang piala.

Ini mungkin kerana Man Utd menunjukkan peningkat yang besar dengan menduduki tempat kedua dalam liga dan berbeza 12 mata dengan pendahulu liga Man City. Berbeza dengan musim yang lalu 2019-20 jumlah mata dengan pendahulu liga sangat jauh iaitu 33 mata berbeza.

“Saya rasa di EPL kami mendapat apa yang kami mahukan, ia adalah peningkatan.

“Saya fikir Man United pada akhir musim lalu menamatkan 30 mata di belakang Liverpool. Liverpool kini berada di belakang kami dan mereka akan mempunyai alasan tetapi fakta adalah kami sudah improve dari mereka, melepasi mereka musim ini.

“Itu menunjukkan peningkatan yang besar dan kami berada di kedudukan kedua di liga” kata Ferdinand.

Rio Ferdinand juga berpendapat Man Utd perlu kuatkan bahagian pertahan bagi merapatkan jurang dengan jiran mereka iaitu Man City. Ferdinand mahu Solskjær beri fokus dan memberi keutamaan dalam mencari pertahanan.

“Mereka(Man Utd) perlu merekrut dengan betul di jendela perpindahan ini untuk bahagian yang betul. Saya fikir mereka memerlukan bek tengah, pemain sayap kanan dan mungkin juga penyerang” kata Ferdinand lagi.

Di tanya oleh penumbual tentang Harry Kane ke Man Utd.

Ferdinand menjawab : “Ia bagus, betul tak?, tetapi keutamaan pertama saya adalah membeli bek tengah”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *