Beritatransfer

Fabregas : Pemain ini sangat sempurna untuk Real Madrid

Kapten pasukan England dan Tottenham, Harry Kane adalah pemain yang tepat untuk Real Madrid jika mereka mencari pengganti Karim Benzema menurut Cesc Fabregas.

Kane, 27Β  tahun, telah menjadi penyerang yang cemerlang dan telah menjaringkan gol yang banyak dalam Eropah sejak beberapa tahun yang lepas.

Beliau juga mendapat perhatian dari banyak kelab termasuk pesaing-pesaing utama mereka seperti Manchester City dan Manchester United selepas Kane memberitahu keinginan beliau untuk tinggalkan Tottenham.

”Sudah lama saya merasakan Harry Kane adalah pemain yang sempurna untuk menggantikan Karim Benzema di Real Madrid.” kata Cesc Fabregas menurut Telegraph.

”Sudah tentu, Benzema telah tunjukkan di Eropah yang beliau tidak akan kemana-mana, dia juga bermain dengan sangat-sangat baik. Tetapi saya tetap berpendapat Kane layak mengambil alih posisi Benzema. Setinggi itu saya menilai Kane.”

”Tekanan di Madrid, sama seperti di Barcelona. Ia bukan senang untuk mana-mana pemain mengawal tekanan di sana. Tetapi jika prestasi Benzema menurun, Kane adalah pemain yang tepat untuk Madrid.”

”Walaupun saya tidak berapa kenal dia, anda boleh lihat dia mempunyai mentaliti yang baik dan anda boleh dengar yang dia berlatih dan bekerja keras.”

”Jose Mourinho, sentiasa bercakap tentang kebaikan Kane. Dia mempunyai kualiti yang anda mahu dari seorang kapten dan mempunyai sifat yang akan menjadikan dia pemain bertaraf dunia.”

”Sudah 5 atau 6 tahun Kane telah menjadi antara penyerang terbaik di dunia. Dia sangat-sangat konsisten, dengan menjaringkan banyak gol dan mengubah perlawanan.”

”Musim lepas, dia telah menambah perkara baru dalam permainan dia dengan membuat assist yang banyak untuk Tottenham.”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *