Lain-lainMenarik

EPL benarkan pemain Islam buka puasa ketika perlawanan

Terdapat beberapa pemain islam yang bermain di Premier League seperti Mo Salah, Elneny, Mane, Wesley Fofana, Cheikhou Kouyate dan lain-lain lagi.  Mereka tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan.

Pertembungan Leicester dengan Crystal Palace pada Selasa malam berlangsung ketika matahari terbenam, pemain Leicester  iaitu Wesley Fofana dan dan pemain Crystal Palace Cheikhou Kouyate diizinkan untuk berbuka puasa di pertengahan perlawanan.

Video di bawah menunjukkan Goalkeeper Crystal Palace iaitu Vicente Guiata menunda dalam mengambil sepakan gol pada bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

Menurut Sky Sports, ini pertama kalinya dalam sejarah EPL perlawanan itu diberhentikan sementara waktu ketika perlawanan bagi membolehkan pemain islam berbuka puasa.

Wesley Fofana mengeluarkan satu tweet memuji dan berterima kasih kepada pihak EPL, Crystal Palace, Leicester dan Vicente Guiata kerana bekerja sama dalam membolehkan dia berbuka puasa.

Sebelum ini ketika Leicester vs West Brom, Brendan Rodgers pernah mengeluarkan Fofana dari perlawanan selepas sejam bermain kerana membolehkan dia berbuka puasa di bangku persimpanan.

Kredit kepada semua pihak yang terlibat, betul kata-kata Wesley Fofana “That’s what makes football wonderful”.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
6
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *