BeritaMedia

Ejen Jorginho hantar mesej kepada pengarah Chelsea

Ejen Jorginho telah mendedahkan pemain tengah itu telah mendapat perhatian daripada kelab-kelab pesaing dan mereka mahu berbincang dengan Chelsea tentang pembaharuan kontrak.

Pemain berusia 29-tahun itu menjadi pemain penting di bahagian tengah Chelsea dan telah membantu mereka memenangi Champions League pada  musim lepas.

Jorginho juga telah menjadi pemain penting untuk Italy  dalam kempen Euro 2020 mereka, kini Jorginho telah membantu Italy untuk bermain di final.

Kontrak Jorginho sekarang akan tamat pada 2023, dan ejen Jorginho, Joao  Santos mahu berbincang dengan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia  untuk memperbaharui kontrak Jorginho.

”Hari ini, harga Jorginho sekitar £42.8 juta. Banyak kelab yang sudah perhatikan beliau. Ia jelas kerana Jorginho sudah bermain di banyak final.” kata Joao Santos menurut Metro.

Ditanya adakah ada kelab lain yang berminat untuk tandatangani Jorginho, Santos menjawab, ‘Ya, tetapi kami fikir mahu berbincang dengan Marina Granovskaia dulu tentang kontrak baru.”

”Ini adalah saat yang paling penting dalam karier Jorginho. Dia telah tunggu saat ini selama 20 tahun.”

What's your reaction?

Excited
0
Happy
3
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *