BeritaLain-lainMediaMenarik

Dua pengulas bola sepak kritik Werner kerana pemalas

Dua bekas pemain England dan Arsenal, Paul Merson dan Ian Wright kritik persembahan Timo Werner semasa persembahannya menentang Man City pada hari sabtu yang lalu.

Ian Wright juga menjadi pengulas sukan untuk BBC, mengkritik Werner kerana pemalas, semasa rancangan Match of the Day. Manakala Paul Merson dalam satu rancangan di Sky Sport juga mengkritik Werner kerana pemalas.

“Anda perlu melihat larian yang dia buat. Dia(Werner) perlu kembali onside. Dia tidak di bahagian onside, Dia mempunyai banyak ruang. Bagi saya ia hanya malas, itu kerja malas. Dia berlari lurus offside” Kata Ian Wright.

Pendapat dari Paul Merson juga seakan-akan sama dengan Ian Wright. Merson percaya ada ‘sesuatu yang hilang’ dengan Werner. Merson mengkritik kerana ‘Decision Making’ yang tidak bagus dan malas ketika membuat larian.

“Satu perkara yang masih kurang betul di Chelsea adalah kedudukan center foward. Saya menonton Timo Werner dan saya rasa masih sesuatu yang masih hilang”

“Ada contoh ketika menentang Man City, dimana dia melakukan sesuatu yang hebat untuk masuk di sebelah kiri kawasan penalti dan dia hanya melakukan sepakan. Dia sepak dan hanya ke ‘arah side netting’. kenapa anda sepak ke arah sana. ‘Decision making’ dia tidak bagus”

“Ketika menentang Real Madrid juga, dia selalu terkena offside ketika dia tidak seharusnya offside. Dia mempunyai kecepatan yang luar biasa, tetapi dia sedikit malas dalam lariannya”

“Dia pastinya bukan pemain malas, tetapi dia hanya perlu lebih berhati-hati dalam membuat larian di belakang. Dia terlalu banyak bermain offside bagi saya” Kata Merson yang mengkritik persembahan Werner.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
2

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *