BeritaMedia

Carragher tetap beri amaran kepada Liverpool, walaupun Van Dijk sudah kembali

Kehadiran Van Dijk setelah mengalami kecederaan panjang pada musim lalu sudah pasti akan memberi kekuatan yang baru untuk Liverpool bagi menghadapi musim baru.

Van Dijk yang menjadi watak utama dalam membantu Liverpool memenangi piala EPL EPL 2019-20, terlepas hampir keseluruhan musim 2020-21 akibat kecederaan lutut yang serius.

Van Dijk cedera selepas bertembung dengan Pickford . Credit NBC

Perlawanan persahabatan antara Liverpool vs Herta Berlin, menyaksikan Van Dijk buat pertama kali turun bermain setelah 9 bulan cedera. Walaupun Van Dijk sudah kembali, bekas pemain Liverpool Jamie Carragher masih risau dengan beliau.

tidak mahu melihat Van Dijk kembali ke peringkat persaingan terlalu awal dan perlu berhati-hati. Van Dijk perlukan masa untuk kembali cergas sepenuhnya.

Carragher juga tidak mahu Liverpool menjangkakan dengan kehadiran Van Dijk dalam pasukan tidak bermakna Piala EPL sudah ada dalam genggaman.

“Saya rasa kita(Liverpool) tidak boleh jangka bahawa Van Dijk kembali ke pasukan tidak bermakna Liverpool akan memenangi piala EPL secara automatik lagi musim ini”

“Dia(Van Dijk) mengalami kecederaan yang sangat serius dan dia harus memastikan dia tidak tergesa-gesa.”

“Sekiranya dia kembali ke tahap terbaik, dia adalah pemain pertahanan tengah terbaik dalam bola sepak dunia dan itulah yang diinginkan Liverpool dalam lima atau enam tahun akan datang, bukan lima atau enam minggu akan datang”

“Jika dia tidak bermain dalam perlawanan pertama musim ini, ia bukanlah dunia akan berakhir, ini adalah untuk memastikan Virgil van Dijk benar 100 peratus jadi dia boleh berada dalam posisi di mana dia dapat memiliki lima atau enam tahun ke depan di Liverpool di peringkat teratas” Kata Carragher semasa acara Soccer Aid.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
2
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *