Lain-lainMenarik

Bruno dedahkan satu penyesalan terbesar sejak pindah ke Man Utd

Bruno Fernandes telah menjadi pemain yang sangat penting untuk Man Utd sejak tiba dari Sporting Lisbon pada Januari 2020. Prestasinya juga untuk Man Utd sangat cemerlang. Beliau berjaya 40 gol dalam 78 penampilannya bersama Man Utd.

Sejak berpindah ke England, Bruno mendedahkan dia mempunyai satu penyesalan terbesarnya. Pemain tengah yang berasal dari Portugal itu mengatakan hakikat bahawa dia masih belum duduk berbincang bersama Sir Alex Ferguson adalah salah satu penyesalan terbesarnya sejak berpindah ke England.

Bruno akui dia mahu nasihat dari lagenda Man Utd itu bagi meningkatkan lagi prestasinya dan berbincang bagaimana dia dapat mencapai tahap yang lebih tinggi lagi.

“Jadi, itu adalah satu penyesalan terbesar saya di kelab ini sehingga sekarang”

“Saya sudah bertemu dengannya tetapi tidak pernah berpeluang untuk bercakap dengannya seperti yang saya ingin lakukan”

“Saya rasa setiap orang yang menyaksikan Manchester United pada masa lalu mengingati Sir Alex. Itu benar bagi saya, membesar dan melihat kelab, menjadi peminat kelab dan melihat perkembangan pasukan”

“Saya ingin mengadakan perbincangan dengannya dan memahami, dari sudut pandangannya, apa yang dia fikirkan tentang saya dan apa yang boleh saya perbaiki atau masih boleh diperbaiki dalam permainan saya untuk menjadi lebih baik” Kata Bruno kepada Media Kelabnya.

What's your reaction?

Excited
1
Happy
17
In Love
4
Not Sure
2
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *