BeritaMedia

Bielsa dedahkan dia tidak gembira dengan kelebihan yang diberikan kepada Liverpool dan Arsenal

Baru-baru ini, terdapat beberapa kelab EPL mengumumkan satu berita baik dimana peminat boleh menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium dengan jumlah yang terhad apabila lockdown di England berakhir 2 December ini. Antara kelab-kelab yang mengumumkan berita itu adalah Liverpool, Chelsea, Arsenal dan beberapa kelab lain lagi.

Kredit : Liverpoolecho.co.uk

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa mendedahkan yang dia tidak gembira dengan kelebihan yang di berikan kepada Liverpool dan Arsenal. Marcelo Bielsa mempersoalkan keputusan membenarkan peminat kembali ke stadium tetapi Leeds United terus bermain di stadium tertutup.

Menurut The Mirror, Leeds belum boleh lagi membawa peminat ke stadium kerana bandar di mana Leeds United berada akan ditempatkan di zon jangkitan tahap ketiga untuk Covid-19. Hanya Kelab yang berada di tahap kedua dan pertama di benarkan membawa peminat ke stadium.

Bielsa mempersoalkan keputusan itu kerana dilihat tidak adil. Bielsa percaya peminat-peminat harus terus dilarang dari semua perlawanan EPL sehingga setiap kelab epl dibenarkan untuk membawa peminat masuk semula.

Di bawah adalah antara kelab-kelab EPL yang dibenarkan membawa masuk peminat ke dalam stadium.

Betul juga apa yang Bielsa kata. Barulah adil untuk semua kelab.

 

What's your reaction?

Excited
19
Happy
26
In Love
10
Not Sure
14
Silly
10

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *