Beritatransfer

Berapa banyak duit Man Utd dapat jimat dengan pembelian Sancho

Man Utd dilaporkan hampir berjaya mendapatkan pemain yang mereka mahukan sejak musim lepas. Pemain kebangsaan England Jadon Sancho di jangka bakal menyertai Man Utd selepas telah mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund.

Menurut media dari Germany iaitu Bild melaporkan yuran perpindahan Sancho di laporkan mencecah sebanyak £73 juta pound atau €85m juta Euro. Ini menjadikan Sancho adalah pemain ketiga termahal Man Utd Selepas Pogba dan Maguire.

Jadon Sancho dedahkan spekulasi perpindahan beliau

Kredit : Gettyimages

€85m juta Euro untuk pemain berbakat seperti Sancho boleh dikatakan agak berbaloi untuk pasaran masa kini. Sancho pada musim lepas telah berjaya menjaringkan 16 gol dan 20 assists dalam 38 perlawanan, tambah-tambah lagi Sancho adalam pemain berbangsa ingerris.

Bagaimana Man Utd dapat jimat

Seperti yang kita semua sudah maklum, Man Utd telah berusaha untuk mendapatkan Sancho sejak musim lepas lagi. Walaubagaimana pun, mereka gagal untuk mendapat persetujuan dengan Dortmund kerana Dortmund memintak wang sebanyak €120m juta Euro.

Jadon Sancho dedahkan spekulasi perpindahan beliau

Kredit : Gettyimages

Tidak seperti musim panas lalu di mana persetujuan atau kesepakatan tidak dapat dicapai, tetapi terdapat optimisme berterusan dari pihak Man Utd pada musim panas ini bahawa kesepakatan boleh dicapai.

Borussia Dortmund juga dilaporkan ada membuat perjanjian dengan Sancho, jika ada harga yang betul, kelab itu berjanji akan melepaskan beliau. Man Utd yang begitu yakin telah menunggu dan bersabar selama 12 bulan untuk mendapatkan Sancho dengan harga yang lebih murah.

Jika laporan-laporan media betul dan kita membuat ‘simple math’ €120m (harga musim lepas) tolak dengan €85m (harga musim ini), perbezaannya sebanyak €35m. €35m adalah penjimatan agak besar dan Man Utd mungkin ada duit lebih untuk mencari pemain baru yang lain bagi menguatkan lagi skuad mereka.

Kredit ini perlu diberikan kepada pihak pengurusan Man Utd, mereka cuma perlu menuggu 12 bulan untuk dapatkan Sancho dengan lebih murah.

Dibawah ini hanya gambar yang telah di edit, saja share untuk korang bayangkan Sancho bila pakai baju Man Utd nanti.

 

What's your reaction?

Excited
3
Happy
3
In Love
1
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *