BeritaMedia

Bagaimana bekas pemain Man United ini meyakinkan Varane untuk sertai mereka

Pemain baru Manchester United, Raphael Varane menolak tawaran dari Chelsea dan Paris-Saint Germain selepas berbual dengan Darren Fletcher.

fletcher

Man United telah bersetuju untuk membeli Varane sekitar £40 juta dari Real Madrid dan kini pemain itu akan terbang ke Manchester untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

Walaupun Varane masih mempunyai kontrak berbaki setahun, dengan harga £40 juta itu adalah pembelian yang sangat berbaloi kerana Varane masih berada di puncak karier beliau.

Varane telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan menyambung kontrak bersama Madrid. Selepas itu, Madrid telah menawarkan pemain itu kepada Chelsea dan PSG.


Tetapi, perbincangan awal Man United dan Varane sangat memberangsangkan yang menyebabkan pemain itu menolak minat dari Chelsea dan PSG, dengan menegaskan beliau hanya mahu berpindah ke Old Trafford.

Penyumbang terbesar kepada kejayaan perbincangan itu adalah Pengarah Teknikal yang baru, Darren Fletcher. Varane dikatakan sangat yakin dengan apa yang Fletcher katakan tentang Manchester United menurut Metro.

Fletcher dan John Murtagh (Pengarah Bola Sepak) telah dilantik bulan Mac lepas dan mengetuai perbincangan dengan wakil Varane. Sementara Ed Woodward bertanggungjawab dengan harga yang dipersetujui oleh Real Madrid.

Perbincangan Fletcher dan Murtagh itu sangat berjaya sehinggakan Varane menolak tawaran lanjutan kontrak yang lumayan oleh Real Madrid semata-mata mahu sertai Man United.

What's your reaction?

Excited
10
Happy
3
In Love
0
Not Sure
2
Silly
1

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *