BeritaMedia

“Arteta akan menjadi jurulatih yang terbaik dalam beberapa tahun” – Ceballos

Pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos memuji bekas pengurusnya di Arsenal iaitu Mikel Arteta. Musim 2020/21 adalah musim yang boleh dikatakan teruk untuk Arsenal. Mereka menduduki tempat ke 8 liga dan gagal layak ke kejohanan Eropah

Ceballos yang bermain untuk Arsenal selama 2 musim,  tetap percaya Mikel Arteta akan menjadi salah satu jurulatih terbaik dalam beberapa tahun, walaupun prestasi Arsenal agak hambar pada musim lalu.

Walaupun dia memuji Arteta, Ceballos juga tetap menegaskan yang dia tidak akan kembali ke North London, iaitu di mana terletaknya Arsenal.

Dalam temubualnya bersama  Cadena SER, “Arteta adalah jurulatih yang telah bersama Guardiola selama beberapa tahun”

“Dia adalah jurulatih yang dalam beberapa tahun lagi akan menjadi yang terbaik, tetapi saya ingin kembali ke La Liga” Kata Ceballos lagi.

Dengan kenyataan ini, kita boleh katakan masa depan Ceballos bersama Arsenal mungkin sudah berakhir dan kini dia fokus bermain dalam negara kelahirannya.

Ceballos juga mahu duduk dan berbincang bersama pengurus baru Real Madrid iaitu Carlo Ancelotti. Dani mahu berbincang tentang masa depannya di Real Madrid.

“Ancelotti baru sahaja tiba dan kami harus berbincang. Saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi ada pemain yang bercakap dengan baik dengannya. Saya yakin Madrid akan menjadi baik”

“Jelas bahawa perkara pertama adalah bercakap dengan jurulatih dan tahu apa yang dia mahukan dari saya dan juga memberitahunya apa yang saya mahukan, ia adalah penting” kata Ceballos lagi.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *