BeritaMedia

Arteta ada nasihat untuk Ex player Arsenal yang TOXIC

Musim ini adalah satu musim rollercoaster untuk kelab Arsenal, yang pada mulanya bukanlah pasukan pilihan untuk berada di tempat 4. Kini mereka membuktikan kepada para expert, pengulas sukan dan pengkritik yang mereka adalah salah.

Arsenal di serang oleh banyak pihak ketika prestasi mereka merudum, pengkritik kelab itu termasuklah dalam lagenda-lagenda Arsenal sendiri. Terdapat perkara-perkara negatif ketika itu, namun perkara-perkara negatif itu semakin berkurangan kerena prestasi Arsenal semakin bagus.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang baru sahaja menandatangi kontrak baru itu, mengalu-alukan apa-apa sokongan, nasihat atau sumbangan dari bekas-bekas pemain Arsenal.

Beberapa bekas pemain Arsenal seperti Denis Bergkamp dan Thierry Henry yang dilihat bertemu dengan Smith Rowe dan Bukayo. Dennis Bergkamp dilihat memberi nasihat kepada Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka bersama Thierry Henry.

Arteta juga memberi amaran siapa-siapa yang mahu meracuni kelab, mereka akan berada jauh dengan kelab.

“Sesiapa yang ingin menyumbang kepada apa yang kami lakukan, menyumbang dengan ikhlas, dengan nasihat atau sokongan atau apa sahaja, dia amat dialu-alukan. Sesiapa sahaja yang mahu meracuni kelab akan berada sangat jauh dari kelab.” kata Arteta dalam menjawab soalan tentang bekas-bekas pemain yang Arsenal yang kembali hadir kelab itu.

What's your reaction?

Excited
3
Happy
2
In Love
1
Not Sure
0
Silly
2

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published.