Beritatransfer

Arsenal telah mengemukakan tawaran kepada 4 pemain

Jendela perpindahan telah bermula, pastinya kelab-kelab terutamanya dari Eropah sedang membeli atau menjual pemain untuk persediaan menghadapi musim hadapan. Arsenal juga dilihat sedang cuba membawa masuk pemain bagi memperkuatkan skuad mereka pada musim hadapan.

Baru-baru ini, tawaran Arsenal untuk membeli pertahanan England iaitu Ben White sebanyak 40 juta pound telah ditolak oleh Brighton. Walaupun tawaran ini ditolak, Arsenal dilihat tidak takut berbelanja besar untuk mendapatkan pemain seperti Ben White.

Ini juga menunjukkan Arsenal serius bagi memperkuatkan skuad mereka pada musim hadapan. Menurut Chris Wheatley dari Football London, beliau melaporkan Arsenal telah mengemukakan tawaran untuk empat(4) pemain sepanjang minggu lalu.

Untuk siapa-siapa yang tidak kenal Chris Wheatley, beliau adalah reporter Arsenal untuk Football London. Seperti David Ornstein dan Fabrzio Romano, kebanyakan berita dan laporan beliau juga tentang Arsenal boleh dipercayai.

Berbalik kepada empat(4) pemain itu, Chris Wheatley telah mengesahkan hanya dua(2) dari empat(4) nama pemain. Pemain itu adalah Ben White dari Brighton dan Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht. Chris Wheatley juga memberitahu bahawa Arsenal yakin dalam mendapatkan dua pemain itu.

Arsenal dikatakan telah mengemukakan tawaran untuk Ben dan lokonga

Selain itu, ada empat(4) juga pemain bakal di jual oleh Arsenal. Pemain itu, adalah Xhaka, Mavropanos, Eddie Nketiah dan Guendouzi. Pastinya pengarah teknikal Arsenal, Edu Gaspar sedang bekerja keras untuk memastikan perpindahan ini akan berjaya.

4 pemain ini akan dijual oleh Arsenal

 

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Berita

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *