Lain-lainMenarik

Apa yang dilakukan oleh Sir Alex selepas kekalahan Man Utd harus dipuji

Man Utd dikecewakan oleh Villareal pada awal pagi tadi dalam perlawanan final Europa League. Perlawanan itu pasti mendebarkan bagi kedua-dua belah pihak kerana perlawanan itu terikat 1-1 sehingga ditentukan dalam sepakan penalti.

Lebih menderbarkan lagi penalti itu diambil lebih dari 10 kali untuk kedua-dua pasukan. Penjaga goalkeeper Man Utd iaitu De Gea gagal menyelamatkan sebarang sepakan penalti dari pasukan lawan dan beliau juga gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menjadi penentuan juara Europa League.

Kegagalan penjaga goalkeeper Man Utd itu, mendapat kecaman dari peminat. Ada yang berpendapat De Gea begitu teruk dalam menyelamatkan dan mengambil sepakan penalti.

Selepas kegagalan itu, kita boleh lihat terdapat pemain-pemain Man Utd memberi semangat kepada De Gea. Tindakan bekas pengurus Man Utd iaitu Sir Alex Ferguson juga perlu di beri pujian.

Menurut The Atletic, sebaik sahaja pemain Man Utd pergi setelah menerima medal, Sir Alex Ferguson memberikan semangat kepada David De Gea. Sir Alex menunggu De Gea, memeluknya dan kemudian berjalan dengannya ke terowong.

Tindakan dari Sir Alex ini, harus dipuji kerana De Gea mengalami detik-detik yang sukar. Sudah tentu dia sangat memerlukan sokongan seperti ini.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
1
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *