Lain-lainMenarik

Agbonlahor minta maaf kepada peminat Arsenal

Gabby Agbonlahor adalah individu yang terbaru mengkritik cara Arsenal meraikan kemenangan selepas Arsenal berjaya menewaskan bekas kelabya iaitu Aston Villa 1-0. Sebelum ini, Ruben Neves dan Ashley Young juga mengkritik perkara yang sama.

Ini membuatkan, kebanyakkan peminat Arsenal kurang senang dengan kenyataan Agbonlahor dan mengecam beliau. Di dalam satu rancangan di Talk Sport, Agbonlahor berkata cara Arsenal meraikan kemenangan itu seolah-olah sudah layak ke Liga juara-juara.

Beliau juga berpendapat Arsenal terlalu berlebihan dalam meraikan kemenangan itu.

Rakan sekerja Agbonlahor di Talk Sport iaitu Laura Woods tampil mempertahankan Arsenal. Laura Woods yang juga adalah English Presenter berkata

“apa gunanya bermain bola sepak jika anda tidak dapat meraikan gol, terutamanya apabila anda berada mengejar untuk layak ke Liga Juara-Juara”
“Ini adalah kelab yang, pada awal musim, tiada siapa(termasuk saya) yang berpendapat mereka berpeluang berada di empat teratas” jawab Woods pada talkSPORT Breakfast.

Sehubungan dengan kenyataan Laura Woods itu, Agbonlahor sedar yang beliau mungkin melakukan kesilapan dan meminta maaf kepada peminat-peminat Arsenal.
Kritikan yang dikeluarkan oleh Agbonlahor itu adalah disebabkan rasa “Bitter” selepas perlawanan dan sedikit cemburu kerana beliau adalah peminat Aston Villa.

What's your reaction?

Excited
3
Happy
2
In Love
2
Not Sure
1
Silly
2

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.