Lain-lainMenarik

Ada sebahagian peminat Man Utd tidak mahu Sir Alex masuk campur

Terdapat sebahagian peminat tidak mahu bekas pengurus mereka iaitu Sir Alex Ferguson mencampuri urusan-urusan board Man Utd. Baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan Sir Alex mahukan pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti untuk menguruskan kelab itu.

Dan menurut laporan itu juga melaporkan board Manchester United telah memutuskan untuk menolak perpindahan Carlo Ancelotti walaupun cadangan itu datang dari pengurus lagenda mereka Sir Alex Ferguson.

Laporan ini telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan peminat-peminat Man Utd. Ramai peminat Man Utd tidak setuju dan tak mahu Sir Alex Ferguson mencampuri urusan board.

Ini mungkin kerana sejarah Sir Alex yang mengesyorkan pengurus seperti David Moyes dan Solksjaer tidak memenuhi jangkaan peminat Man Utd. Mereka mahu Sir Alex untuk menikmati persaraan dari membuat keputusan-keputusan seperti ini. Mereka juga menganggap idea-idea dari Sir Alex tidak lagi berkesan.

Lebih teruk lagi ada yang menganggap Sir Alex ini hanyalah orang tua yang mengalami “Memory Loss” dan otak mula tidak lagi berfungsi dengan baik.

Walaupun ramai jugak yang tidak mahu Sir Alex dalam mempengaruhi urusan-urusan Man Utd, ada jugak yang tetap mempertahankannya. Menurut Renshaw saranan Sir Alex dalam melantik David Moyes sudah betul cuma beliau tidak di beri masa yang lama. Ini kerana, prestasi Moyes di West ham dikatakan agak baik.

Anda boleh baca reaksi-reaksi lain dengan tekan link di bawah.

https://www.facebook.com/ManUtdMetro/posts/400076268788507

What's your reaction?

Excited
0
Happy
2
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

More in:Lain-lain

Leave a reply

Your email address will not be published.